GURU BUKAN OPSYEN ?
Sikap guru terhadap pengajarannya dan inisiatif guru untuk sentiasa mempelajari dan mendalami ilmu pengetahuan bagi tujuan penambahbaikan pengajarannya. Guru yang bersikap positif terhadap pengajarannya sentiasa menganggap setiap masalah yang timbul sebagai cabaran yang harus dihadapi dengan tabah. Oleh itu guru sentiasa berusaha meningkatkan mutu pengajaran agar memberikan hasil yang lebih baik lagi (Magdeline Anak Nor & Zamri Mahamod, 2014). Hal ini, menunjukkan guru mengajar bukan opsyen bukanlah alasan yang wajar digunakan oleh guru-guru kerana ia bergantung kepada sikap individu untuk bersedia dengan cabaran yang mendatang. Maka seorang pendidik khususnya siswazah yang baru sahaja menceburi bidang perguruan perlu peka dengan situasi ini dan mengumpul ilmu sebanyak mungkin.
Guru patut ada masa untuk tingkat kemahiran ( Utusan Online, 2015).
Dr. Wan Azizah pagi tadi dalam Perutusan Hari Guru 2018 memberitahu, ….
Oleh itu, guru yang mengajar bukan opsyen perlu lebih bersedia terhadap apa-apa bentuk tugasan yang diberikan oleh pihak pentadbiran. Guru juga perlu bijak dalam menggunakan konsep pendidikan terkini iaitu pembelajaran abad 21. Sehingga hari ini guru-guru yang baru menamatkan pengajian tidak ditempatkan di atas landasan yang sebenar. Walaubagaimanapun, guru tersebut boleh mengisi kekosongan dan keperluan mata pelajaran itu, tetapi mungkin gagal menyampaikan sesuatu ilmu itu dengan berkesan.
Rujukan:
OR, M. A., & MAHAMOD, Z. (2014). Penterjemahan Pengetahuan Pedagogi Kandungan dalam Proses Tindakan Guru Bahasa Iban Baharu dan Berpengalaman Bukan Opsyen (The Application of the Pedagogical Content Knowledge Among not an Opstion New and Experienced Iban Language Teachers). Jurnal Pendidikan Malaysia (Malaysian Journal of Education), 39(1), 37-49.
Comments
Post a Comment