KESAN RPH DAN RPI KEPADA PENGURUSAN PEMBELAJARAN

RPH memberi idea yang jelas kepada guru tentang isi pelajaran yang perlu diajar sepanjang hari tersebut. Guru perlu menyediakan RPH bagi setiap subjek yang diajarnya walaupun subjek yang diajar adalah sama tetapi berbeza dari segi tahap pelajar. Hal ini kerana guru perlu meyediakan RPH yang sesuai dengan tahap pelajar seperti melakukan aktiviti pengajaran yang berbeza di anatara satu kelas dengan kelas yang lain (Noor Shamshinar Zakaria, Mohd Salihin Hafizi, Mohd Fauzi Zakiah Hassan, Julia Madzalan & Haslina Hamzah, 2017)


Kaedah konvensional dengan menjadikan guru lebih banyak bercakap, memberi pendapat, idea dan penerangan boleh dikurangkan dengan menjadikan RPH ini sebagai panduan. Selain itu, guru juga diharapkan dapat menjadikan RPH ini sebagai panduan untuk membina atau mengubahsuai sendiri aktiviti pembelajaran yang bersesuaian dengan tahap pengetahuan dan kemahiran pelajar masing-masing dalam apa jua topik yang disampaikan bagi menjadikan sesuatu pembelajaran lebih bermakna dan meninggalkan kesan yang positif kepada pelajar (Zaharah Che Isa & Nurulwahida Hj Azid@Aziz, 2016).

RPH ini akan menjadikan pelajar lebih bertanggung jawab dan memainkan peranan yang penting sebagai pengurus dan pengendali kepada kaedah belajar mereka sendiri dengan matlamat untuk menyiapkan projek berdasarkan objektif pembelajaran. Apabila guru mencapai objektif pengajaran berasakan RPH yang dirangka maka pengurusan pembelajaran dalam sekolah akan berjalan dengan lancar dan impak yang positif kepada penguasaan pelajar terhadap sesuatu ilmu.




Comments

Popular posts from this blog

PROSES SOSIALISASI

GURU BUKAN OPSYEN ?