PENGURUSAN SEKOLAH
Menurut Sharpe (1989), sekolah merupakan organisasi yang unik dan tidak terdapat pada mana-mana organisasi di dunia. Keunikan ini memerlukan pengurus yang berpengetahuan dan berkemahiran yang tidak dipunyai oleh pengurus organisasi lain.
Untuk mewujudkan suasana perbincangan yang mesra, pihak sekolah perlu menganjurkan aktiviti yang berbentuk pembinaan kumpulan supaya setiap individu di dalam sekolah tersebut mempunyai ikatan kekitaan dan ini menghilangkan perasaan individualistik. Sikap bekerjasama akan mewujudkan suasana kerja yang menyeronokkan dan secara tidak langsung akan menimbulkan keyakinan dan kepuasan kerja. Keadaaan ini akan menjadikan guru-guru sentiasa bersemangat untuk memberikan komitmen yang terbaik dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya membantu meningkatkan motivasi pembelajaran ( Ahmad Zabidi Abdul Razak, 2016)
kumpulan sasaran adalah kanak-kanak dan remaja yang kompleks dalam period perkembangan mental, fizikal, emosi dan sosial.
Lantaran itu, pengurusan strategik di kalangan pengurus di sekolah-sekolah amat penting bagi wujudkan sekolah yang berkesan.
Comments
Post a Comment