KSSR?????
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) adalah satu transformasi yang akan menggantikan kurikulum yang sedia ada iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dalam usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan rendah agar lebih relevan dengan cabaran masa semasa. Transformasi kurikulum sekolah rendah ini merupakan penyusunan semula dan penambahbaikan kurikulum persekolahan rendah sedia ada. Tujuan transformasi adalah untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2011a).
KSSR ialah hasil penambahbaikan dan semakan terhadap Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang telah dilaksanakan hampir tiga dekad. Kurikulum baru ini adalah berdasarkan kepada beberapa kriteria yang telah ditetapkan.
KUALA LUMPUR 4 Jan. – Kementerian Pendidikan menegaskan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) masih mengekalkan sistem pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang sama dengan penambahan beberapa elemen baharu bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran murid-murid.
PUTRAJAYA 19 Dis. - Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) semakan 2017 diperkukuh dan disemak semula bagi memastikan kurikulum yang diterapkan sentiasa relevan dengan keperluan semasa serta sesuai dengan cabaran abad ke-21.
KUALA LUMPUR 16 Jan. - Selari dengan usaha mengantarabangsakan pendidikan seperti dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, Kementerian Pendidikan telah .….
Tahniah kepada kira-kira 120,000 guru yang telah menerima tablet percuma sumbangan kerajaan baru-baru ini yang di dalamnya terdapat aplikasi Tutor Guru dan e-Paper Utusan Malaysia...
Comments
Post a Comment