PENDEKATAN UNTUK PELAJAR




Gaya pengajaran guru dengan gaya pembelajaran murid menerusi pelaksanaan KSSR mestilah sentiasa akur dan sejajar. Keperluaan untuk pengubahsuaian kaedah latihan adalah bertujuan untuk mengurangkan kecairan maklumat dan sekaligus memberikan input secukupnya untuk melaksanakan KSSR dengan lebih berkesan (Tay Meng Guat, Kirar ak Sare & Litat Bilung, 2015).

Peranan guru juga besar dalam memastikan kelancaran dan keberkesanan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) dan Satu Murid Satu Sukan (1M1S). Sasaran utama adalah untuk mempertingkatkan pencapaian pelajar dan bidang yang menjadi tumpuan adalah prasekolah, kemahiran asas literasi dan numerasi, Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dan peningkatan prestasi Pengetua dan Guru Besar ( Utusan Melayu, 2011). 

Untuk melaksanakan kurikulum dengan berjaya, guru hendaklah terlebih dahulu memahami dan menghayati falsafah dan matlamat, struktur dan organisasi kurikulum serta kandungannya. Di samping itu guru harus mempunyai pengetahuan tentang subjek pengkhususannya serta kemahiran mengajar.Hal ini, menunjukkan peranan pihak pentadbir dalam memastikan kelancaran dan pelaksanaan program-program yang dirangka oleh KPM terhadap pengurusan sekolah.




Comments

Popular posts from this blog

PROSES SOSIALISASI

KESAN RPH DAN RPI KEPADA PENGURUSAN PEMBELAJARAN

GURU BUKAN OPSYEN ?