Posts
Showing posts from November, 2018
PENDEKATAN UNTUK PELAJAR
- Get link
- X
- Other Apps
Gaya pengajaran guru dengan gaya pembelajaran murid menerusi pelaksanaan KSSR mestilah sentiasa akur dan sejajar. Keperluaan untuk pengubahsuaian kaedah latihan adalah bertujuan untuk mengurangkan kecairan maklumat dan sekaligus memberikan input secukupnya untuk melaksanakan KSSR dengan lebih berkesan (Tay Meng Guat, Kirar ak Sare & Litat Bilung, 2015). Peranan guru juga besar dalam memastikan kelancaran dan keberkesanan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) dan Satu Murid Satu Sukan (1M1S). Sasaran utama adalah untuk mempertingkatkan pencapaian pelajar dan bidang yang menjadi tumpuan adalah prasekolah, kemahiran asas literasi dan numerasi, Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dan peningkatan prestasi Pengetua dan Guru Besar ( Utusan Melayu, 2011). Untuk melaksanakan kurikulum dengan berjaya, guru hendaklah terlebih dahulu memahami dan menghayati falsafah dan matlamat, struktur dan organisasi kurikulum serta kandungan...
KESAN RPH DAN RPI KEPADA PENGURUSAN PEMBELAJARAN
- Get link
- X
- Other Apps
RPH memberi idea yang jelas kepada guru tentang isi pelajaran yang perlu diajar sepanjang hari tersebut. Guru perlu menyediakan RPH bagi setiap subjek yang diajarnya walaupun subjek yang diajar adalah sama tetapi berbeza dari segi tahap pelajar. Hal ini kerana guru perlu meyediakan RPH yang sesuai dengan tahap pelajar seperti melakukan aktiviti pengajaran yang berbeza di anatara satu kelas dengan kelas yang lain (Noor Shamshinar Zakaria, Mohd Salihin Hafizi, Mohd Fauzi Zakiah Hassan, Julia Madzalan & Haslina Hamzah, 2017) Kaedah konvensional dengan menjadikan guru lebih banyak bercakap, memberi pendapat, idea dan penerangan boleh dikurangkan dengan menjadikan RPH ini sebagai panduan. Selain itu, guru juga diharapkan dapat menjadikan RPH ini sebagai panduan untuk membina atau mengubahsuai sendiri aktiviti pembelajaran yang bersesuaian dengan tahap pengetahuan dan kemahiran pelajar masing-masing dalam apa jua topik yang disampaikan bagi menjadikan sesuatu pembelajaran lebih b...
GURU BUKAN OPSYEN ?
- Get link
- X
- Other Apps
Sikap guru terhadap pengajarannya dan inisiatif guru untuk sentiasa mempelajari dan mendalami ilmu pengetahuan bagi tujuan penambahbaikan pengajarannya. Guru yang bersikap positif terhadap pengajarannya sentiasa menganggap setiap masalah yang timbul sebagai cabaran yang harus dihadapi dengan tabah. Oleh itu guru sentiasa berusaha meningkatkan mutu pengajaran agar memberikan hasil yang lebih baik lagi (Magdeline Anak Nor & Zamri Mahamod, 2014). Hal ini, menunjukkan guru mengajar bukan opsyen bukanlah alasan yang wajar digunakan oleh guru-guru kerana ia bergantung kepada sikap individu untuk bersedia dengan cabaran yang mendatang. Maka seorang pendidik khususnya siswazah yang baru sahaja menceburi bidang perguruan perlu peka dengan situasi ini dan mengumpul ilmu sebanyak mungkin. Guru patut ada masa untuk tingkat kemahiran ( Utusan Online, 2015). Dr. Wan Azizah pagi tadi dalam Perutusan Hari Guru 2018 memberitahu, …. Oleh itu, guru yang mengajar bukan opsyen perl u l...
KSSR?????
- Get link
- X
- Other Apps
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) adalah satu transformasi yang akan menggantikan kurikulum yang sedia ada iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dalam usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan rendah agar lebih relevan dengan cabaran masa semasa. Transformasi kurikulum sekolah rendah ini merupakan penyusunan semula dan penambahbaikan kurikulum persekolahan rendah sedia ada. Tujuan transformasi adalah untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2011a). KSSR ialah hasil penambahbaikan dan semakan terhadap Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang telah dilaksanakan hampir tiga dekad. Kurikulum baru ini adalah berdasarkan kepada beberapa kriteria yang telah ditetapkan. KSSR masih guna sistem P&P yang sama (Utusan Online, 2016) ...